fbpx

Barang keperluan cukup sepanjang PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Orang ramai dinasihatkan untuk tidak risau berhubung stok barang keperluan harian mereka berikutan ia dilaporkan mencukupi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara keseluruhan keperluan asas itu mampu menampung keperluan dalam negara secara berterusan dan mudah diperolehi.

“Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 682 premis perniagaan.

“Ia termasuklah peruncit (499), pemborong (159) dan pengilang (24). Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mudah diperoleh,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini tadi.

Katanya, pegawai penguatkuasa KPDNEHP turut melakukan sebanyak 1,111 pemeriksaan khas pematuhan prosedeur oparasi standard (SOP) PKPP dan mendapati sejumlah 1,094 premis mematuhi SOP ditetapkan.

“Sebanyak 17 premis pula diberi nasihat kerana tidak patuh SOP,” ujarnya.

Dalam perkembangsan sama, kerajaan menggesa pengusaha dan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan sosial dan kebersihan diri ketika aktiviti jual beli. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI