fbpx

F1: Russell anggap jentera W14 ‘kuda tua’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUSSELL gagal menamatkan saingan pada GP Australia minggu lalu selepas jenteranya berdepan masalah enjin. – AFP

LONDON – Pelumba Mercedes, George Russell menggelarkan jentera yang dibekalkan musim ini, W14 sebagai ‘kuda tua’ sekali gus sukar untuk memberi cabaran yang diharapkan sejak tiga perlumbaan Grand Prix (GP) lepas.

Mercedes agak bergelut pada GP Bahrain dan GP Arab Saudi pada bulan lalu sebelum membuat kebangkitan dramatik selepas pelumba utama, Lewis Hamilton berjaya meraih kedudukan podium di tempat kedua minggu lepas.

Menurut Russell, jentera Mercedes masih memiliki kepantasan yang baik, tetapi dari aspek teknologi ia agak ketinggalan berbanding pasukan pesaing yang menyukarkan pelumba untuk mengekalkan momentum pada hari perlumbaan.

“Saya pernah memandu jentera Williams pada awal karier dan sudah tentu Mercedes jauh lebih pantas. Namun, apa yang diperlukan bukan kepantasan semata-mata.

“Buat masa ini, saya rasa jentera Mercedes seperti ‘kuda tua’ yang mana ia masih lagi bagus, cuma tidak begitu sesuai dengan corak pemanduan untuk pelumba muda seperti saya yang perlu bekerja keras untuk menyesuaikan diri.

“Situasi tersebut menyebabkan ada ketika jentera akan meng­alami masalah seperti yang berlaku kepada saya pada GP Australia yang lepas. Saya harap situasi akan bertambah baik dari semasa ke semasa nanti,” ­kata­nya.

Selepas mengharungi tiga perlumbaan, Mercedes kini menduduki tangga ketiga dalam carta perebutan gelaran pengeluar di belakang Aston Martin dan juara bertahan, Red Bull.

Perlumbaan F1 akan kembali pada GP Azerbaijan di Litar Antara­bangsa Baku pada 23 hingga 25 April ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI