fbpx

EPL: Jurgen Klopp tuntut reaksi positif para pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL terdesak untuk meraih kemenangan menentang Arsenal apabila mereka hanya berjaya meraih satu mata daripada dua perlawanan lalu. – AFP

LIVERPOOL – Selepas mengharungi tiga aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) tanpa kemena­ngan, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menggesa barisan pemainnya membuktikan sesuatu menjelang pertemuan dengan Arsenal malam ini.

Kedua-dua pasukan menggalas misi penting pada perlawanan tersebut dengan Arsenal mahu mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu liga, manakala Liverpool ber­usaha untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Meskipun tidak berada pada prestasi terbaik ketika ini, namun Anfield tetap menjadi kubu kuat The Reds apabila mereka mencatat sembilan kemenangan dalam 13 perlawanan yang berlangsung di stadium keramat itu.

Justeru, Klopp berharap anak-anak buahnya dapat me­nunjukkan reaksi positif pada perlawanan malam ini selepas mengutip satu mata ketika bertemu Chelsea minggu lalu.

“Kami perlu lakukan beberapa perubahan supaya pasukan dapat bina balik prestasi. Apa yang penting adalah intensiti serta kemahuan dalam diri setiap pemain apabila melangkah masuk ke dalam padang.

“Saya gembira dengan apa yang ditampilkan ketika bertemu Chelsea, namun dalam perlawanan lain, prestasi kami hambar. Oleh itu, saya mahu semua pemain teruskan rentak itu bertemu Arsenal,” katanya.

Bekas pengendali Borussia Dortmund itu juga percaya, suasana di Anfield boleh membantu mereka mendapatkan tiga mata, lebih-lebih lagi Arsenal tidak pernah menang di sana sejak kempen 2012/13.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI