fbpx

EPL: Arsenal nekad mahu lebur badi Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL berada pada prestasi terbaik ketika ini untuk mereka meleburkan badi aksi di Anfield apabila sering kali gagal meraih kemenangan menentang Liverpool. – AFP

LONDON – Hasrat Arsenal untuk terus mengukuhkan cengkaman sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) tampak sukar menjelang pertemuan menentang Liverpool yang akan berlangsung di Anfield malam ini.

The Gunners wajib untuk membawa pulang tiga mata sekiranya mereka mahu terus menjarakkan diri dengan pencabar terdekat, Manchester City yang masih belum berputus asa dalam perebutan takhta liga.

Justeru, Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berharap barisan pemainnya supaya tabah berdepan cabaran serta tekanan tinggi yang dihadapi mereka pada ketika ini selaku pendahulu Liga Perdana.

“Kami menikmati setiap detik tersebut (pendahulu liga). Oleh itu, kami perlu berdepan situa­si sukar seperti ini dan berikan segala-galanya dalam setiap per­lawanan yang akan datang kerana semua pemain sangat positif.

“Saya tahu kami berdepan cabaran cukup sukar berkunjung ke Anfield, tetapi ia juga boleh menjadi peluang terbaik untuk menjarakkan kedudukan. Objektif ini akan membantu pemain pada perlawanan tersebut,” katanya.

Untuk rekod, The Gunners tidak memiliki rekod yang baik di Anfield apabila kali terakhir mereka menang adalah pada kempen 2012/13 di mana Arsenal mencatat kemenangan 2-0 menerusi jaringan Lukas Podolski dan Santi Cazorla.

Bagaimanapun, Arteta percaya rekod tersebut tidak boleh dijadikan sandaran memandang­kan anak-anak buahnya menampilkan aksi cukup baik ketika bermain di tempat lawan pada saingan musim ini.

“Saya tahu Arsenal tidak menang di beberapa buah stadium dalam tempoh beberapa tahun tetapi kami berjaya lakukannya musim ini.

Oleh itu, saya tetap positif dan yakin anak-anak buah saya boleh teruskan rentak tersebut (di Anfield),” ujar beliau.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI