fbpx

188 individu ditahan tidak pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Seramai 188 individu ditahan pihak polis semalam atas kesalahan tidak memakai pelitup muka yang merupakan sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada 549 individu yang ditahan ekoran ingkar arahan PKP.

“Daripada jumlah itu, seramai 547 individu telah dikompaun manakala dua lagi direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (188), gagal menyediakan peralatan merekod butiran diri (154), penjarakan fizikal (79), premis beroperasi lebih masa (34), aktiviti di pusat hiburan (9) dan lain-lain kes (85),” katanya menerusi satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, polis turut membuat 46,853 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sebanyak 3,116 pasukan pematuhan melibatkan 10,960 anggota telah membuat pemantauan pasar raya (3,541), restoran (4,640) serta penjaja (1,391), kilang (1,306), bank (3,450) dan pejabat kerajaan (569).

“Turut dipantau, sebanyak terminal pengangkutan darat (929), terminal pengangkutan air (295) dan terminal pengangkutan udara (75),” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI