fbpx

Wanita jadi bilionair selepas bercerai dengan taikun China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zhou Hongyi memindahkan saham dalam syarikatnya, Qihoo 360 Technology bernilai lebih RM4.40 bilion kepada bekas isterinya. - Foto Getty Images

BEIJING – Seorang taikun teknologi China, Zhou Hongyi mencapai persetujuan dengan bekas isterinya, Hu Huan untuk memindah milik  saham bernilai lebih AS$1 bilion (RM4.40 bilion) daripada syarikat keselamatan siber, Qihoo 360 Technology kepada wanita berkenaan sebagai sebahagian daripada penyelesaian perceraian mereka, lapor portal berita inshorts semalam.

Menurut agensi berita Bloomberg, Hongyi memberikan 6.25 peratus kepentingan saham bernilai kira-kira AS$1.3 bilion (RM5.72 bilion) kepada Huan selepas rundingan perceraian mereka, demikian menurut pemfailan syarikat tersebut.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga lebih 20 tahun lalu.

Huan bukanlah pekerja di syarikat itu dan bukan pemegang saham sebelum perjanjian tersebut.

Hongyi, 52 yang merupakan pengerusi syarikat tersebut bagaimanapun kekal sebagai pemegang saham yang mengawal syarikat berkenaan.

Huan dilahirkan pada 1971 dan merupakan warganegara China sebelum menjadi penduduk tetap Singapura.

Taikun itu menyahsenaraikan Teknologi Qihoo 360 miliknya daripada Bursa Saham New York pada Julai 2016 dan mula berdagang pada Februari 2018 di Shanghai dan syarikat yang sama dikenali sebagai 360 Security Technology di bandar raya tersebut. 

Menurut majalah Forbes, nilai kekayaan bersih taikun itu kini berjumlah AS$2.7 bilion (RM11.89 bilion). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI