fbpx

Dua jiran ‘berperang’ pasang lampu raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar situasi dua rumah yang diterangi lampu raya.

PETALING JAYA – Gelagat dua individu yang duduk berjiran berlawan memasang lampu raya bagi memastikan rumah mereka meriah sempena sambutan Aidilfitri mencuit hati ramai. 

Melalui sebuah video yang dimuat naik pemilik akaun TikTok @Iejamurad, dia merakam keadaan halaman rumahnya dan jiran sebelah rumah yang dipenuhi lampu raya. 

“Saya tidak mengaku kalah dengan lampu raya yang dipasang jirannya,” katanya diruangan kapsyen. 

Menganggap sebagai cabaran, pengguna tersebut kemudiannya memasang ‘spotlight’ di halaman rumah.

“Bila kau tak nak kalah dengan jiran. Habis semua lampu dibawanya keluar,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, netizen sempat berjenaka lampu yang dipasang pengguna tersebut merupakan lampu yang diambil dari kelab malam.

“Sol, sol, sol. Lampu kelab malam mana pula yang kau bawa balik ni?,” kata Sultan Pemarah.

“Lampu ‘clubbing’ kau pasang cik,” kata Nufael.

Perkongsian tersebut tular dengan tontonan sebanyak lebih 89,000 dan lebih 300 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI