fbpx

Pelan pembangunan Kuala Lumpur ditangguh sehingga akhir Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menandatangani plak kunjungan mesra beliau ke PPR Kampung Baru Hicom, Shah Alam, hari ini. Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/ KOSMO!

SHAH ALAM – Pelan Pembangunan Kuala Lumpur (PPKL) ditangguhkan sehingga akhir Mei bagi membolehkan lebih banyak input diberikan oleh pelbagai pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan pihak kerajaan mendengar idea yang akan diberikan mereka, yang mungkin idea tersebut dapat memperkasakan PPKL.

“Saya telah minta maklumat pelan tersebut diberikan kepada ahli politik, beberapa syarikat pemaju, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar (dalam hal pembinaan) supaya mereka boleh boleh beri pandangan mereka sehingga akhir Mei.

“Saya beri ruang sebulan lebih untuk diperbaiki sehingga akhir Mei ini,” katanya ketika sidang akhbar selepas melancarkan Program Kita-Untuk-Kita (K2K) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Hicom di sini, hari ini.

PPKL adalah berasaskan komponen sistem pelan pembangunan yang mengikut peruntukan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267).

Kata Anwar bagi projek pembangunan yang telah dirancang pihak swasta di tanah milik mereka sendiri akan diteruskan seperti biasa.

“Di samping itu, (dalam PPKL) gerai baharu akan dibina mengikut piawaian antarabangsa dan kita nak pastikan gerai itu bersih selepas ia digunakan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI