fbpx

Muhyiddin tak baca kenyataan saya-Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) membidas kenyataan Muhyiddin yang mendakwanya cuai mengeluarkan kenyataan berhubung projek carigali Petronas di Laut China Selatan, di Dewan Rakyat, Selasa lalu.

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwanya cuai mengeluarkan kenyataan berhubung projek cari gali Petronas di Laut China Selatan, di Dewan Rakyat, Selasa lalu.

Beliau mengesyaki bahawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu tidak membaca kenyataan penuhnya berhubung perkara tersebut sambil membuat andaian sendiri.

“Muhyiddin tak baca kenyataan itu yang mana saya cakap, kita akan teruskan projek cari gali Petronas itu, noktah.

“Tak ada langsung saya sebut nak tolak ansur (dengan kerajaan China) dan saya sampaikan mesej ini kepada pemimpin kerajaan China yang beliau (Muhyiddin) tidak sampaikan (ketika menjadi Perdana Menteri),” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program Kita-Untuk-Kita (K2K) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Hicom, di sini, hari ini. 

Sebelum ini, media melaporkan Muhyiddin mengecam Anwar yang dianggapnya cuai dalam memberi kenyataan berhubung isu pertikaian Laut China Selatan selepas Perdana Menteri itu memberitahu Putrajaya terbuka kepada rundingan selepas Beijing membangkitkan projek operasi cari gali Petronas di kawasan laut tersebut.

Dalam perkembangan sama, Anwar menjelaskan kerajaan akan membuat perbincangan dengan kerajaan China berhubung kawasan pertindihan seperti yang didakwa kerajaan negara tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI