fbpx

Datuk Kazim Elyas betul-betul dah jadi penyanyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK KAZIM ELYAS bergabung dengan Tuju dan Tyco dalam lagu Salawat 1442.

PETALING JAYA – Umum tahu, pendakwah bebas terkenal, Datuk Kazim Elias gemar menyanyi semasa menyampaikan ceramah. Namun siapa sangka, tokoh yang popular dengan panggilan DUKE kini bergelar penyanyi menerusi lagu berjudul Salawat 1142.

Lebih menarik, beliau bukan menyanyikan lagu kerohanian atau nasyid klise, sebaliknya bergabung dengan penyanyi-penyanyi rap popular, Tuju dan Tyco menerusi lagu berkenaan.

 “Ramai yang tahu saya memang suka menyanyi ketika melaksanakan ceramah. Alhamdulillah, saya bersyukur dan sangat hargai kepercayaan yang diberikan oleh Datuk Norman Abd. Halim untuk merakamkan sebuah lagu sempena Maulidurasul bersama dua ahli rap terkemuka, iaitu, Tuju dan Tyco.

 “Lagu Salawat 1442, diharapkan dapat memberi inspirasi kepada anak-anak muda agar sentiasa bersikap positif dalam menempuh rona kehidupan. Tidak lupa juga, elemen rap yang diselitkan dalam lagu ini, bertujuan untuk membuatkan golongan anak muda lebih tertarik untuk mendalami maksud di sebalik sambutan Maulidurasul,” katanya.

 Lagu Salawat 1442, terbitan Imaaan Music kini dilancarkan menerusi YouTube Imaan Music pada 27 Oktober lalu sempena sambutan Maulidurasul pada 29 Oktober 2020. Objektif penghasilan lagu berkenaan ialah membawa kelainan dalam muzik dakwah dengan menerapkan ‘relaxing style’.

 Memetik kata-kata Tuju yang juga anggota kumpulan rap popular, K-Clique, pembikinan lirik lagu rap yang dinyanyikan dalam Salawat 1442 merupakan sesuatu yang belum pernah diluahkan dalam mana-mana karya sebelum ini.

 “Melalui Salawat 1442, saya berupaya meluahkan perasaan dengan lebih jelas sekali gus berkongsi cerita tentang perjalanan hidup dahulu hingga kini, dalam usaha saya menjadi insan yang lebih baik. Saya memang sukakan sesuatu perkara yang baru dan mencabar.

 “Dalam banyak-banyak penglibatan saya, ini kali pertama saya memberanikan diri untuk tampil bukan hanya dalam muzik, malahan dalam kehidupan sebenar. Terima kasih Imaan Music kerana memberi peluang dan ruang untuk saya berkarya dalam lagu ini. Diharapkan mesej yang saya cuba untuk sampaikan dalam Salawat 1442 dapat difahami dan diterima oleh semua,” luah Tuju.

 Sementara itu, kemunculann Tyco yang sudah 12 tahun menghilang daripada radar muzik dianggap sebagai pelengkap karya Salawat 1442.

 “Setelah 12 tahun berdiam diri, entiti Tyco bakal membuat kemunculan kembali di mata orang ramai. Kali terakhir saya membuat penampilan ialah menerusi filem Cicakman 2 iaitu pada tahun 2008. Biarpun  konsep lagu yang dibawakan kali ini berbeza berbanding dengan karya-karya Tyco terdahulu, saya tetap mengharapkan agar karya kali ini dapat memberi impak kepada para pendengar,” katanya.

 Lagu Salawat 1442 juga boleh didengarkan dan dimuat turun darioada semua pelantar muzik digital selain dijadikan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI