fbpx

Risau tengok Uyaina ber‘treadmill’ pakai skirt beropol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMINAT risau tengok Uyaina berlari di atas treadmill dengan memakai skirt beropol.

PETALING JAYA – Tindakan pengacara Uyaina Arshad melakukan aktiviti bersenam dengan berlari di atas mesin treadmill sambil memakai skirt beropol menarik perhatian pengikutnya dalam Instagram.

Rata-rata bimbang keselamatan pengacara itu jika terjatuh kerana memakai pakaian yang tidak bersesuaian sewaktu bersenam.

Menerusi video yang dikongsikan Uyaina dalam Instagram miliknya, pengacara program Wanita Hari Ini itu dilihat sedang berlari di atas mesin treadmill sambil memakai skirt labuh dan beropol daripada jenis fabrik net (jaring).

“Teruskan berusaha. Perjalanan saya masih panjang untuk mendapatkan berat badan idaman. Lagi beberapa kilo sahaja lagi!

“Saya telah melakukan pelbagai cara seperti Zumba, pilates, Muay Thai, berlari dan berjalan. Saya tidak boleh kekal lama untuk satu-satu jenis senaman sahaja sebab cepat bosan,” tulis Uyaina.

Bagaimanapun, tumpuan netizen tertumpu pada pakaian yang dikenakan pengacara berusia 30 tahun itu kerana dianggap tidak sesuai, malah boleh mengundang bahaya pada diri sendiri.

“Kita pula yang risau tengik kain (skirt) tu. Hati-hati. Tak pun cari pakaian sesuai. Ada banyak baju Muslimah yang selesa untuk bersenam,” tegur seorang pengikutnya.

“Tak bahaya ke pakai skirt begitu?” soal seorang lagi pengikutnya.

“Hati-hati, takut tertonggeng nanti,” kata seorang pengguna Instagram.

Menerusi maklumbalas yang ditinggalkan, Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata dia selesa dengan pakaian yang digunakan itu sewaktu bersenam dan meminta peminatnya supaya tidak bimbang atas keselamatan dirinya.

Sekadar info, Uyaina telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Raja Syahiran pada 20 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya kata lelaki pada 8 September 2022 yang diberi nama Raja Urhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI