fbpx

AS beri amaran ransomware sasar hospital ketika pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penyelidik teknologi maklumat menunjukkan sebuah komputer dijangkiti ransomware di Rennes Perancis pada 3 November 2016. - AFP

WASHINGTON – Pihak berkuasa keselamatan Amerika Syarikat (AS) semalam memberi amaran mengenai ‘ancaman jenayah siber yang pasti berlaku’ kepada hospital dan penyedia perkhidmatan kesihatan lain dan meminta pihak terbabit meningkatkan perlindungan data mereka.

Nasihat oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan dua agensi kerajaan lain itu menyatakan, mereka mempunyai maklumat sahih bahawa penggodam kini menyasarkan sektor kesihatan menggunakan perisian jahat bagi melakukan serangan ransomware, mencuri data dan menggangu perkhidmatan kesihatan.

Ancaman itu muncul ketika hospital-hospital di AS terus bergelut dengan peningkatan kes koronavirus semasa pandemik yang setakat ini membunuh lebih 226,000 orang di negara itu.

Ransomware adalah sejenis perisian jahat yang digunakan penjenayah siber untuk menggagalkan sistem komputer pengguna sehingga wang tebusan dibayar.
Institusi-institusi penjagaan kesihatan kerap menjadi mangsa ransomware selama beberapa tahun di AS dan di seluruh dunia.

Pada bulan lalu, serangan ransomware menjejaskan rawatan pesakit di sebuah rangkaian hospital dan klinik yang beroperasi di AS dan Britain.

Pada tahun 2017 pula, sistem penjagaan kesihatan nasional Britain menjadi antara mangsa serangan ransomware global. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI