fbpx

Menara Hasil Bangi dan pejabat cawangan Shah Alam beroperasi semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Semua pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di Menara Hasil Bangi dan Hasil Care Line (HCL) akan dibuka semula bermula Isnin ini.

LHDN dalam satu kenyataan berkata, bagaimanapun waktu operasi semua premis dan kaunter tersebut akan dihadkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kaunter setempat dan kaunter penerima borang di Menara Hasil Bangi akan dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari.

“Bagi perkhidmatan HCL, ia beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook di sini hari ini.

Tambah LHDN, pihaknya juga turut membuka semula Pejabat LHDN Cawangan Shah Alam dan juga kaunter LHDN di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Shah Alam bermula esok.

Katanya, operasi Pejabat Cawangan Shah Alam turut dihadkan dari pukul 8 pagi hingga pukul 1 tengah hari setiap hari Isnin hingga Jumaat melibatkan kaunter setempat dan kaunter duti setem.

“Operasi UTC Selangor turut dihadkan dari pukul 8 pagi hingga 1 petang bagi hari Isnin hingga Jumaat, manakala operasi pada hari Sabtu dan Ahad dilanjutkan sehingga pukul 1.30 tengah hari,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI