fbpx

Kompleks Sukan Shah Alam bakal lonjak sukan di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuddin (lima kanan) bersama atlet-atlet dan pegawai sukan yang menerima insentif kemenangan Sukma ke-20 di Seksyen 7, Shah Alam malam tadi.

SHAH ALAM – Kompleks Stadium Shah Alam (KSSA) yang baharu dengan dikatakan mempunyai kemudahan bertaraf antarabangsa bakal melonjakkan pelbagai jenis sukan di negeri ini.

Menurut Exco Generasi Muda Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd. Khairuddin Othman, KSSA akan menjadi pusat kecemerlangan dunia sukan termasuk penganjuran e-Sports.

“Projek Stadium Shah Alam berjalan baik, Menteri Besar dan pihak menjalankan projek khas telah melakukan ‘townhall’ dengan masyarakat dan bila kita beri penerangan kepada masyarakat, mereka lebih memahami konsep yang akan dibangunkan semula di tempat tersebut.

“KSSA yang baharu bakal memberi impak kepada kemajuan sukan di negeri apabila menjadi pusat latihan yang lebih kondusif untuk atlet-atlet di bawah Majlis Sukan Negeri (MSN),”katanya kepada pemberita malam tadi.

Terdahulu, beliau menyampaikan insentif kemenangan bernilai lebih RM600,000 kepada 600 atlet dan pegawai sukan Kontinjen Sukma-20 di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 di sini.

Mohd. Khairuddin menjelaskan pelan pembangunan KSSA kini berada peringkat akhir perbincangan sebelum pihak yang melaksanakan projek khas tersebut memulakan pembinaan.

Mengulas mengenai sasaran Selangor untuk Sukma ke-21 di Sarawak tahun depan, beliau menegaskan kedudukan tiga teratas menjadi tumpuan kepada kontinjen seperti sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI