PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi dilantik sebagai Pengerusi Sekretariat Pendidikan dan Penyelidikan UMNO.
Mohd. Puad melalui hantaran di Facebooknya memaklumkan, pelantikan itu diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika Mesyuarat MKT UMNO yang berlangsung semalam.
“Terima kasih Datuk Seri Presiden (Ahmad Zahid). Malam tadi dalam mesyuarat MKT UMNO beliau mengumumkan perlantikam saya sebagai Pengerusi Sekretariat Pendidikan dan Penyelidikan UMNO.
“Insya-Allah amanah dipikul sepenuhnya,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE