fbpx

10 destinasi beli-belah di Selangor jadi pilihan bersempena raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu pusat beli-belah yang dapat memenuhi keperluan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur.

PETALING JAYA – Negeri Selangor pastinya terkenal sebagai syurga membeli-belah buat semua rakyat pada  musim perayaan ini kerana ia memiliki beberapa pusat beli-belah utama yang terkenal dan berada di lokasi strategik.

Bersesuaian dengan kesibukan masyarakat Muslim membuat persiapan untuk menyambut 1 Syawal tidak lama lagi, Tourism Selangor telah mengetengahkan 10 pusat beli-belah utama yang popular  bagi membolehkan masyarakat membuat pilihan terbaik.

Selangor berbangga kerana memiliki pusat beli-belah The Curve yang terletak hanya 20 minit dari Kuala Lumpur dan menjadi pusat beli-belah terbaik dengan pilihan jenama tempatan, trend moden dan nostalgik.

“Dengan 250 kedai dalam bangunan setinggi tiga tingkat, hari raya bersama The Curve pastinya akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan tema Nostalgia Raya dengan latar belakang hiasan sawah padi.

“Paradigm Mall pula diwarnai dengan tarian tradisional Melayu, aktiviti melukis batik, pertunjukan fesyen batik, bazar Ramadan dan gerai perayaan sambil anda menyelami pelbagai promosi dan pakej yang ditawarkan di sini,” katanya.

Tourism Selangor turut mempromosikan pusat beli-belah One Utama yang bertemakan Sinar Estetika Aidilfitri dengan semangat raya yang ceria, diilhamkan oleh budaya Timur Tengah.

Pusat beli-belah Sunway Pyramid bermandikan cahaya raya dengan  corak geometri dan reka bentuk Arab manakala  Setia City Mall pula tampil dengan tema ‘Wau! Bulan Raya’.

“Keunikan tema tahun ini diiringi dengan pelbagai persembahan kebudayaan pada hujung minggu seperti persembahan dikir barat, kulingtangan dan Caklempong.

Selain itu, Kompleks PKNS Shah Alam merupakan kawasan tumpuan masyarakat sekitar dengan ribuan pengunjung dari kawasan berhampiran dan luar Shah Alam.

Ia dilengkapi dengan kawasan riadah, pengunjung boleh berehat selepas berjam-jam membeli-belah di sini.

SACC Mall yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Shah Alam pula menawarkan pengalaman membeli-belah yang menarik untuk seisi keluarga dengan jualan pelbagai barangan keperluan rumah, fesyen terkini hinggalah produk kecantikan.

Destinasi membeli-belah GM Klang Wholesale City memiliki lebih 2,500 kedai yang menawarkan jualan borong dan runcit juga tiada tandingan.

Pembeli boleh merebut peluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM 7,300 pada musim perayaan ini melalui pembelian pelbagai produk yang ditawarkan seperti pakaian, fesyen terkini, tekstil, barangan rumah, hiasan rumah dan pelbagai lagi.

Turut menjadi pilihan adalah Mitsui Outlet Park, salah satu tempat membeli-belah barangan berjenama yang ditawarkan oleh lebih 140 kedai dengan harga mampu milik dan ekslusif.

Pusat beli-belah ikonik di Selangor iaitu I-City Mall pula turut menjadi penggemar fesyen pada hari raya kali ini kerana melalui tema ‘Raikan Raya’, ia menawarkan lebih daripada 50 jenama tersedia untuk para pengunjungnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI