fbpx

Pemandu kereta langgar lampu merah, rempuh 17 motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelbagai barangan bertaburan selepas sejumlah motosikal dirempuh sebuah kereta di satu persimpangan jalan raya di daerah Tay Ho pada Rabu lalu. - Foto VN Express

HANOI – Sebuah kereta melanggar lampu merah dan merempuh 17 penunggang motosikal di sebuah persimpangan di daerah Tay Ho, Hanoi kelmarin, lapor portal berita VN Express.

Kejadian itu mengakibatkan 20 orang termasuk kanak-kanak cedera.

Kereta yang dipandu lelaki bernama Hoang Ho Vinh, 63, tidak berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Vo Chi Cong dan Xuan La pada pukul 4 petang (waktu tempatan). 

Kenderaan itu menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) bergerak laju ke arah sekumpulan motosikal yang menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Kereta tersebut kemudian membelok ke kiri ke Jalan Xuan La sambil menyeret dua motosikal dan beberapa penunggang, demikian menurut saksi.

“Kejadian berlaku begitu pantas. Kereta itu melanggar banyak motosikal dan bunyiny menakutkan. Beratus-ratus orang menjerit,” kata saksi, Trong Nam sambil menambah ada kanak-kanak yang menjadi mangsa.

Barangan milik mangsa bertaburan atas jalan. Mangsa yang cedera dihantar ke hospital oleh penduduk dan kakitangan kecemasan.

Ekoran kejadian itu, Vinh menggigil dan menangis di luar kenderaannya di lokasi kejadian

Polis Hanoi tidak menemui sebarang bukti bahawa pemandu kereta tersebut berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol. . – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI