fbpx

Pemuda UMNO kecam kekejaman Zionis terhadap penduduk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Muhammad Akmal, membakar bendera Israel ketika Himpunan Solidariti Bersama Palestin di hadapan Masjid Kampung Baru, hari ini.

PETALING JAYA – Pergerakan Pemuda UMNO mengecam tindakan rejim Zionis yang melakukan serangan terhadap jemaah di Masjid Al-Aqsa, Palestin pada Rabu lalu.

Pemuda UMNO hari ini mengadakan protes di hadapan Masjid Kampung Baru selepas solat jumaat tadi bagi menyatakan sokongan solidariti pergerakan tersebut terhadap penduduk di Palestin.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh berkata, perhimpunan itu diadakan bagi memberi mesej agar Zionis menghentikan kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk Islam di negara berkenaan.

“Kekejaman regim Zionis terhadap saudara kita di Palestin tidak akan kita diamkan, menyakiti mereka umpama menyakiti kami semua di seluruh dunia dan kami bertegas tindakan ini perlu dihentikan.

“Solidariti kami di Malaysia untuk menjadi penyuntik semangat kepada saudara kita di bumi Palestin untuk terus melawan regim Zionis tanpa rasa takut,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Katanya, pihaknya akan menghantar surat bantahan kepada Kementerian Luar Negeri bagi menggesa Pertubuhan Negara Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak menghentikan kekejaman Israel itu.

“Kita juga akan menggerakkan kesemua jentera Pemuda UMNO di setiap bahagian seluruh negara untuk mengadakan himpunan solidariti pemuda peduli Palestin bermula dari hari ini.

“Isu di bumi Palestin adalah isu kita semua,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI