fbpx

SUV ‘ditelan’ lubang benam dipenuhi air mendidih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kenderaan SUV yang turut dinaiki dua kanak-kanak ‘ditelan’ ke dalam sebuah lubang benam di St. Petersburg kelmarin. – Foto Newsflash

MOSCOW  –  Orang ramai menyaksikan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan dua kanak-kanak turut berada di dalamnya ‘ditelan’ sebuah lubang benam yang dipenuhi air panas mendidih, lapor portal berita Daily Mirror semalam.

Empat orang dilaporkan cedera, termasuk seorang daripada dua kanak-kanak yang menaiki SUV  itu. Lubang tersebut terbentuk di Jalan Drovyanaya, bandar raya St Petersburg, Russia kelmarin.

Menurut laporan tempatan, lubang benam itu muncul selepas paip air panas pecah dan menyebabkan tanah serta asfalt di bawah kenderaan tersebut runtuh.

Dalam kejadian itu, pemandu dan anak lelakinya yang berusia 10 tahun melecur dan dihantar ke hospital, manakala seorang lagi kanak-kanak dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Media tempatan menyatakan, salah seorang daripada mereka dipindahkan ke unit rawatan rapi kerana melecur lebih 30 peratus pada badannya.

Banyak bandar di Russia mempunyai loji pemanasan gergasi yang menyalurkan air panas ke taman perumahan, manakala paip pecah adalah perkara biasa disebabkan infrastruktur yang semakin ‘tua’.

Kementerian Situasi Kecemasan berkata dalam satu kenyataan yang diperoleh Newsflash: “Kedua-dua mangsa dihantar ke hospital dengan melecur pada bahagian kaki mereka.” – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI