fbpx

Mahasiswa jangan jadi macai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia semasa sesi lawatan rasmi beliau ke UiTM Shah Alam. -Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Kerajaan memberikan lebih ruang dan platform kepada mahasiswa menyuarakan pandangan berbanding dahulu yang lebih kepada demonstrasi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun mahasiswa tidak harus menjadi macai atau walaun yang menghentam kerajaan tanpa fakta.

Katanya, begitu juga dalam kebebasan akademik dengan tidak membawa fahaman perkauman atau Islam yang terlalu jumud.

“Yang kita buat dulu (demontrasi) sebab tiada ruang. Arahan dan pandangan kita sekarang adalah memberikan ruang kepada mahasiswa. Jadi, tidak perlu mengambil jalan seperi mana kita lakukan dahulu.

“Keadaan itu berubah dan anak-anak harus berfikir secara kreatif. Harus fikir jangan jadi macai, jadi walaun. Kata semua betul walaupun tak logik,” katanya pada sesi dialog bersama mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas soalan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM mengenai perbezaan mahasiswa dulu yang tidak sama seperti sekarang.

Jelas Anwar, sebagai orang muda mempunyai sifat yang berani, keras dan tidak banyak pertimbangan.

“Anak muda dia fikir ini betul dia lawan. Ini sifat generasi muda yang baik namun perlu ada kecekalan, semangat serta mempunyai idealisme.

“Sebab itu, kita yang dewasa ini perlu mendengar isu dibangkitkan yang kadang-kadang asing bagi kita. Jadi, kena ada kebijaksanaan untuk mendengar dan faham anak muda terutama (mempunyai) idealisme,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI