fbpx

Tak ada ‘fun’ pun buat benda bodoh ini – Ziana Zain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIANA meluahkan pendapat tentang trend lagu raya demi mengejar publisiti murahan seperti dilakukan usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – “Ada sokongan maka ada lagi tahun hadapan.”

Itu pendapat berbaur sinikal penyanyi berpengalaman, Ziana Zain berhubung trend lagu raya dijayakan bukan penyanyi sebenar yang sengaja mencetus publisiti murahan.

Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain bagaimanapun berkata, sesiapa sahaja dalam dunia ini mempunyai tanggungjawab untuk memaparkan nilai yang baik-baik kerana takut nanti, anak sendiri ‘terkenan’ perangai jelik.

“Kita ini dalam masyarakat, kena tunjuk benda yang baik-baik terutama sekali zaman sekarang, ramai anak muda yang suka ikut benda tak betul.

“Jadi, kita sebagai orang dewasa perlu cakna akan tanggungjawab untuk beri contoh yang baik buat golongan muda. Lagilah, kalau dah ada anak-anak.

“Mungkin apa yang kita buat, anak-anak kita pergi sekolah, mereka yang terasa. Sekali tidak, dua kali tidak lama-lama makan diri tau terhadap anak-anak.

“Benda ini sensitif sebenarnya. Kita buat sesuatu perkara, jangan fikir impaknya hanya pergi kepada diri kita. Kena fikir masyarakat dan keluarga.

“Tak ada ‘fun’ pun benda bodoh ini. Itu pendapat peribadi saya. Bagi sebilangan orang lain, kalau suka dengan apa yang dipaparkan, saya tak tahulah,” katanya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.

Jelas pelantun lagu Dingin itu lagi, memang benar sebilangan orang mempunyai wang yang banyak untuk melakukan perkara sesuka hati termasuk melibatkan seni muzik.

“Kita cakap apa pun, sebenarnya tak jadi apa pun. Orang yang berduit, boleh buat macam-macam. Setiap kali hari raya, memang akan ada ‘dua’ orang ini.

“Seorang dah keluar dah. Tapi lagu penuh, belum keluar. Baru ‘teaser’ tak silap saya.

“Tapi kadang-kadang, bila tengok, mereka menghiburkan juga. Jadi, benda ini ada pros and cons (kebaikan dan keburukan).

“Susah nak cakap. Itu yang saya cakap, tepuk dada, tanya selera. Mereka sahaja yang tahu apa mereka nak sebenarnya,” katanya.

Terdahulu, usahawan kosmetik tanah air, Aliff Syukri sekali lagi memancing kecaman selepas berkongsi sedutan sebuah video lagu rayanya yang diberi judul Cak Kun Cak Raya.

Menerusi video tersebut, dia rancak menyanyi sambil menari diiringi empat penari lelaki.

Namun yang menjadi perhatian apabila mereka mengenakan persalinan ketat seakan-akan baju renang dan dipadankan bersama songkok serta samping.

Malah, lenggok tarian yang disifatkan ramai sebagai terkinja-kinja juga didakwa tidak bersesuaian dengan lagu berkonsepkan Syawal, apatah lagi dikongsikan pada bulan Ramadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI