fbpx

Gadis telan telefon bimbit selepas bertengkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Doktor berjaya mengeluarkan telefon bimbit tersebut dari perut gadis berkenaan. - New York Post

NEW DELHI – Seorang gadis berusia 18 tahun di India terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selepas dia menelan sebuah telefon bimbit ketika bertengkar dengan saudara lelakinya, lapor akhbar New York Post semalam.

“Pertelingkahan adik-beradik membawa kepada masalah,” kata doktor yang terlibat dalam pembedahan itu kepada akhbar The Times of India. Pertengkaran itu berlaku di daerah Bhing, negeri Madhya Pradesh.

Dua beradik itu dilaporkan bergaduh mengenai sebuah telefon bimbit buatan China sebelum gadis itu memutuskan untuk menamatkan pertengkaran dengan menelan peranti mudah alih tersebut.

“Ketika perasaan marah memuncak semasa pertengkaran mereka, dia mengambil langkah impulsif dengan menelan telefon bimbit,” kata doktor tersebut.

Tidak lama selepas itu, gadis tersebut mengalami sakit yang teruk.

Menurut doktor, gadis itu mengalami sakit perut yang teruk sebelum dibawa oleh keluarganya ke Hospital Jaya Arogya di bandar Gwalior.

Pakar kemudian menjalankan beberapa ujian termasuk imbasan tomografi berkomputer (CT Scan), X-ray dan ultrasound.

Pakar perubatan memutuskan bahawa telefon itu tidak boleh dikeluarkan melalui kaedah yang kurang invasif seperti endoskopi, maka pisau bedah adalah satu-satunya pilihan mereka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI