fbpx

Misi penganjur mogok doktor kontrak gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha

PUTRAJAYA- Hebahan mengenai Mogok Doktor Malaysia yang dijangka melibatkan 8,000 hingga 12,000 doktor kontrak dilihat gagal melumpuhkan perkhidmatan kesihatan seperti dirancang penganjur.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, penganjuran yang dirancang pada 3 hingga 5 April lalu dilihat lebih bersifat ancaman dan provokatif serta mempunyai kepentingan tertentu sehingga sanggup mengambil kesempatan terhadap keselamatan dan nyawa rakyat.

“Kementerian Kesihatan (KKM) amat menghargai segala komitmen dan profesionalisme tinggi yang ditunjukkan oleh petugas kesihatan dalam perkhidmatan awam.

“Keutamaan pesakit melebihi kepentingan peribadi terus menjadi inspirasi setiap daripada mereka.

“Kod etika professional dalam kalangan pegawai perubatan dan yang lainnya perlulah dipelihara dan sentiasa menjadi pedoman ke arah memartabatkan institusi perubatan di negara ini kepada suatu anjakan paradigma yang sentiasa disegani,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Dr. Zaliha turut berterima kasih kepada semua petugas kesihatan yang sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan kepada rakyat sekali gus menolak mogok baru-baru ini.

“Mogok bukanlah satu jalan penyelesaian terbaik bagi menangani setiap permasalahan yang timbul, sebaliknya perkara itu perlu ditangani secara berhemah dan profesional menerusi platform betul.

“Saya juga ingin merakamkan rasa terima kasih kepada kepimpinan tertinggi KKM, pengarah kesihatan negeri dan hospital serta ketua perkhidmatan dalam kesiapsiagaan mereka berdepan dengan sebarang kemungkinan tempoh hari,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI