DALAM media sosial khususnya TikTok baru-baru ini tular video memaparkan pertemuan Erra Fazira dan Awie dalam sebuah majlis.
Hubungan terjalin baik dan kedua-duanya nampak okey sahaja meskipun pernah mempunyai hubungan silam suatu ketika dulu.
Rupa-rupanya pertemuan dua selebriti popular itu meraih perhatian dan tidak kurang juga memberi restu terhadap hubungan mereka.
Paling lucu, ada yang meminta pihak produksi menerbitkan filem Sembilu versi 2023.
“Datuk Yusof Haslam tolong hasilkan filem Sembilu versi baharu.
“Nostalgia sangat mereka. Kedua-dua mereka pun sudah bahagia dengan kehidupan masing-masing,” komen netizen.