fbpx

Lebih 1 juta individu jalani saringan kesihatan sehingga Disember lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lebih satu juta individu telah menjalani saringan kesihatan di bawah Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) sehingga penghujung tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, daripada jumlah berkenaan, 800,000 individu telah disaring di bawah program Kementerian Kesihatan (KKM) manakala lebih 186,000 individu di bawah program PekaB40 dan lebih 27,000 pekerja disaring melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Katanya, ia hasil kerjasama rakan-rakan strategik KKM termasuk agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama dalam melaksanakan inisiatif tersebut.

“Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan dari saya kepada semua yang bertungkus-lumus memastikan NHSI ini dilaksanakan dengan jayanya,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Katanya, pada tahun ini, KKM telah memperluas sasaran saringan kesihatan kepada warga negara yang berumur 18 tahun dan ke atas masih belum pernah menjalani saringan sejak satu tahun lalu dan belum pernah diagnosis mengidap penyakit tidak berjangkit (NCD).

“Pada tahun ini, harapan saya adalah untuk melihat agar kita dapat menyaring sekurang-kurangnya 1.5 juta rakyat Malaysia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI