fbpx

Pelajar tingkatan empat maut bertembung dengan kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kemalangan yang membabitkan penunggang motosikal, Muhammad Danish Danial Fauzi,16, maut di Kilometer 5 ,Jalan Alor Pasir, Tok Bali malam tadi.

PASIR PUTEH – Seorang pelajar tingkatan empat maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 5, Jalan Alor Pasir, Tok Bali di sini semalam.

Mangsa, Muhammad Danish Danial Fauzi,16, yang menunggang motosikal jenis Honda C70 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada keseluruhan anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, siasatan mendapati, mangsa menunggang motosikal seorang diri di kawasan itu pada pukul 11.20 malam.

Katanya, sewaktu kejadian, sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dinaiki empat lelaki sedang dalam perjalanan dari arah Tok Bali ke Pasir Puteh untuk pulang ke rumah di Kampung Gong Kulim.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang Muhammad Danish secara tiba-tiba masuk ke laluan bertentangan.

“Insiden itu menyebabkan motosikal mangsa dan kereta jenis Perodua Bezza itu bertembung,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Zamri, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Anis di sini untuk bedah siasat.

Katanya, pemandu kereta iaitu lelaki berusia 21 tahun bersama dua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan, namun seorang lagi penumpang hanya luka ringan kiri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI