fbpx

Bantuan e-Wallet RM200 diperluas kepada semua mahasiswa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada sesi dialog bersama mahasiswa UiTM di Dewan Annex UiTM Shah Alam. -Foto oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Kerajaan akan memperluaskan bantuan e-Wallet 2023 kepada semua mahasiswa di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini supaya bantuan itu dapat dimanfaatkan golongan tersebut.

“Saya akan putuskan supaya e-Wallet boleh dimanfaatkan semua mahasiswa. Okay, puas hati,” katanya ringkas pada sesi dialog bersama mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Terdahulu, isu tersebut dibangkitkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Melaka selepas mendapati bajet 2023 yang dibentangkan Anwar sebelum ini dengan kategori penerima bantuan e-Wallet berjumlah RM200 kepada mereka berusia 18 hingga 20 tahun.

Ini menyebabkan sebahagian umur mahasiswa tidak mendapat manfaat selain tidak boleh memohon bagi kategori bujang. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI