fbpx

Ahli politik perlu mencontohi keperibadian Rasulullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin dan Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin di pekarangan Raudhah dan makam Rasulullah S.A.W. di Masjid Nabawi, Madinah ketika menunaikan umrah pada Oktober 2018. FOTO : Selangor Royal Office

SHAH ALAM – Ahli-ahli politik disaran menjadikan akhlak mulia dan kebijaksanaan Rasulullah S.A.W. sebagai contoh menyatupadukan umat di negara ini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, ini terutama dalam bersatu-padu dan menyokong usaha kerajaan sedia ada di dalam usaha mengatasi masalah penularan wabak Covid-19.

Titah baginda, rakyat sedang berhadapan dengan kemelut ekonomi yang merundum akibat wabak tersebut.

“Beta mahu ahli-ahli politik bersatu dan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik demi memastikan rakyat terus hidup aman damai, makmur dan harmoni.

“Perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan adalah amat penting untuk meneruskan agenda pembangunan, membina kekuatan dan mendaulatkan negara,” titah baginda menerusi kenyataan di laman sosial Facebook rasmi Selangor Royal Office hari ini.

Sultan Sharafuddin turut menitahkan supaya rakyat menghayati dan mengamalkan ajaran Islam seperti yang diajar serta dibimbing oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang merupakan seorang insan mulia dan agung serta anugerah Allah SWT kepada umat manusia di muka bumi ini.

“Rasulullah SAW adalah seorang khalifah kepada sekalian umat yang mengajar manusia tentang persaudaraan, akhlak yang mulia serta erti kehidupan yang sebenarnya.

“Sempena sambutan Maulidur Rasul, beta menyeru umat Islam supaya terus menghayati dan menghidupkan dua peninggalan Rasulullah SAW iaitu al-Quran dan as-Sunnah dalam kehidupan harian,” titah baginda. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI