fbpx

Amelia Henderson akan buat rayuan, tetap hormat A. Aida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMELIA mengakui tidak menyimpan dendam terhadap A. Aida.

KUALA LUMPUR – “Tak boleh cakap banyak sebab saya akan buat rayuan juga.”

Itu kata pelakon jelita Amelia Henderson selepas kemenangan berpihak kepada penerbit, Datuk A. Aida apabila Mahkamah Sesyen Sivil hari ini mengarahkan dirinya membayar lebih RM200,000 kerana melanggar kontrak syarikat penerbitan, A Aida Production Sdn. Bhd.

Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson berkata, dia menghormati keputusan mahkamah namun tidak menolak akan terus berjuang di mahkamah berhubung kes terbabit.

“Saya rasa kes ini masih berterusan dan kita nantikanlah. Saya menghormati keputusan mahkamah hari ini. Saya masuk mahkamah hari ini tanpa sebarang harapan.

“Saya sangat bangga dengan diri saya kerana saya rasa saya buat perkara yang betul. Tapi pada masa sama, perasaan itu juga yang bagi saya kekuatan untuk membuat rayuan.

“Hari ini saya rasa sangat gembira secara sangat peribadi kerana pada masa sangat memerlukan, seluruh keluarga hadir, itulah erti kemenangan sebenar,” katanya dalam keadaan sebak.

Tidak menyimpan sebarang rasa dendam terhadap A. Aida, Amelia berkata, dia tetap menghormati anak seni itu.

“Pengalaman saya bekerja dengan beliau menyeronokkan. Saya tak ada satu patah perkataan negatif pun untuk cakap mengenai dia. Saya harap semua orang faham ini adalah percanggahan pendapat profesional.

“Saya hormati semua orang dalam industri ini baik A. Aida atau siapa pun yang saya pernah bekerjasama. Saya dapat pengalaman yang sangat menyeronokkan kerja dengannya,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI