fbpx

Yayasan Matrix Concepts peruntuk RM300,000 laksana program CSR tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOORDIN (kiri) menyerahkan sumbangan kepada anak-anak yatim dan asnaf pada Majlis Berbuka Puasa bersama Yayasan Matrix Concepts.-Foto ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI/KOSMO!

SEREMBAN-Yayasan Matrix Concepts memperuntukkan dana lebih RM300,000 pada tahun ini bagi pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) termasuk bagi membantu golongan asnaf dan anak yatim.

Pengerusinya, Datuk Noordin Mohd. Yatib berkata, menerusi peruntukan itu, bantuan turut diberikan kepada pihak sekolah yang memerlukan bantuan bagi tujuan meningkatkan kemudahan di sekolah terbabit.

“Peruntukan sebanyak RM300,000 ini bagi memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan. Kami juga bersedia memberi bantuan sekiranya ada golongan yang memerlukan seperti kejadian kes kebakaran rumah yang berlaku.

“Selain kepada anak-anak yatim dan warga emas, kami juga pada tahun ini turut memberi bantuan kepada 10 buah sekolah di negeri ini yang agak daif termasuk daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

“Kami juga berharap orang ramai atau individu yang mengetahui ada kes yang berkaitan agar tampil memaklumkan kepada pihak kami agar bantuan dapat diberikan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Yayasan Matrix Concepts di sini semalam.

Noordin dalam pada itu berkata, program majlis berbuka puasa itu yang turut meraikan anak-anak yatim adalah kembali dapat diadakan selepas kali terakhir pada tahun 2019 akibat penularan wabak Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI