fbpx

Kilang punca aliran air biru Sungai Gong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan air biru tang ditemui di sekitar kilang berkenaan dan Sungai Gong.

SHAH ALAM – Sebuah kilang dikesan menjadi punca penemuan aliran air berwarna biru di sekitar Sungai Gong, Rawang, hari ini.

Perkara itu dikesan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerusi rondaan dan pemantauan di kawasan berkenaan, kira-kira pukul 1 pagi tadi.

LUAS menerusi kenyataan memaklumkan, siasatan lanjut dijalankan selepas menemui air biru keluar daripada saluran paip di longkang kilang tersebut.

“Pensampelan di kawasan itu mengesan air warna sama di dalam tangki takat pelepasan akhir dan mesin premis berkenaan.

“Arahan telah dikeluarkan kepada pemilik premis supaya membuat kerja pembersihan dalam kadar segera,” katanya.

Jelasnya, LUAS dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) mengaktifkan pemantauan rapi di sekitar lokasi itu.

“Sehingga 6 pagi tadi, aliran pencemaran berkenaan dapat dikawal dan tidak merebak jauh dalam aliran Sungai Gong.

“Selain itu, ia tidak memasuki aliran di Sungai Sembah dan Sungai Selangor,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI