fbpx

Pesara tentera meninggal dunia ketika menjala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar Ahmad ditemui orang awam dalam keadaan terlentang di atas jalan ketika sedang melakukan aktiviti menjala ikan di Kampung Parit Haji Ismail 2 pada petang semalam.

BAGAN SERAI – Seorang pesara tentera ditemui dalam keadaan terlentang di atas jalan berhampiran pintu air di Kampung Parit Haji Ismail 2, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, mangsa, Azhar Ahmad, 54, ditemui dalam keadaan terlentang oleh orang awam pada pukul 4.27 petang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir.

“Pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah dikesan pada badan mangsa dan juga tiada simptom Covid-19,” katanya.

Tambah Mazuki, menurut waris, mangsa mempunyai rekod menghidap penyakit jantung serta darah tinggi dan ahli keluarga sudah beberapa kali menasihatkannya supaya tidak menjala ikan selepas diserang strok dan sakit jantung sebelum ini.

“Mangsa juga difahamkan baru mendapatkan rawatan untuk penyakit dihadapinya di Hospital Taiping pada 5 Oktober lalu.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat dan hasilnya punca kematian adalah disebabkan kegagalan fungsi jantung,” katanya.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Allahyarham Azhar yang berkhidmat kali terakhir dalam 21 Rejimen Askar Melaya DiRaja (RAMD) di Pengkalan Chepa pada 2018 itu meninggalkan seorang balu serta tiga anak. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI