fbpx

Cuaca cerah hampir di semua negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Cuaca baik dan cerah dilihat hampir di keseluruhan negeri Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), bagaimanapun, keadaan cuaca hujan hanya tertumpu di sekitar perairan Johor dan dijangka berlarutan sehingga lewat pagi nanti.

“Bagi Sarawak pula, keadaan cuaca lembap dilihat di bahagian barat dan dijangkakan berlarutan dalam tempoh dua hingga tiga jam lagi.

“Cuaca di Sabah pula adalah cerah hampir di semua bahagian dan keadaan hujan hanya tertumpu di kawasan perairan Kudat,” katanya dalam laporan di YouTube, sebentar tadi.

Katanya, ramalan cuaca pada sebelah petang, MetMalaysia menjangkakan hujan serta ribut petir hampir di semua negeri Semenanjung melibatkan kawasan pedalaman dari utara sehingga ke Johor.

“Hujan masih lagi berpotensi untuk berlaku melibatkan kawasan di sekitar barat dan juga tengah Sarawak manakala bagi Sabah diramal kurang hujan.

“Justeru, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati berikutan cuaca hujan yang boleh mendatangkan angin kencang dan banjir kilat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI