fbpx

Mahkamah: Puteri Sarah bakal failkan nusyuz terhadap Syamsul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAMSUL hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi tadi bagi sebutan pertama kes nusyuz terhadap Puteri Sarah. - Foto - SHIDDIEQIIN ZON

GOMBAK – Pelakon, Puteri Sarah tidak menolak kemungkinan akan memfailkan tuntutan nusyuz terhadap suaminya, Syamsul Yusof.

Menurut peguam bela, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili selebriti itu, tuntutan tersebut merupakan antara perkara yang boleh dilakukan namun memerlukan masa untuk memperhalusinya.

“Kita akan uruskan, akan atur apa benda yang akan dibuat. Kalau ada perkara yang hendak dibuat, ia akan dibuat ikut undang-undang.

“Dalam masa terdekat ini, kita akan memasukkan pembelaan terhadap nusyuz (oleh Syamsul). (lepas ini) kita tengok nak masukkan tuntutan balas ke atau nusyuz pihak sana pula ,”katanya ketika ditemui selepas sebutan kes nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini.

Sementara itu, ditanya sekali lagi mengenai tuntutan nusyuz terhadap Syamsul itu, peguam terbabit menyatakan ia antara perkara boleh dilakukan dan ia yang sedang difikirkan.

Untuk info, seorang suami boleh disabitkan dengan nusyuz sekiranya mengabaikan nafkah zahir, batin, menyuruh isteri melakukan perkara yang bertentangan hukum syarak, memukul isteri dan tidak berlaku adil (bagi yang berpoligami).

Bagaimanapun, penalti atau hukuman yang boleh dikenakan kepada suami yang nusyuz adalah bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan.

Terdahulu Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, akan memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz yang dibuat suaminya.

Puteri Sarah selaku defendan akan memasukkan pernyataan pembelaan selepas tuntutan itu diterima pada 24 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI