fbpx

Bekalan bawang cukup dan stabil – KPDNHEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan bekalan bawang bagi keperluan tempatan mencukupi dan stabil biarpun India mengeluarkan larangan eksport bekalan itu pada September lalu.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pada 14 September lalu, kerajaan India telah mengeluarkan arahan larangan eksport ke atas semua jenis bawang kecuali jenis ‘Bangalore Rose’ dan ‘Krishnapuram’.

Beliau berkata, larangan itu dikeluarkan bertujuan untuk menampung keperluan domestik di India ekoran bencana banjir yang berlaku pada Julai lalu.

“Akibat daripada larangan tersebut, sebanyak 121 syarikat pengimport telah mula meningkatkan jumlah pengimportan bekalan bawang dari negara-negara lain.

“Negara berkenaan termasuk Pakistan, Thailand, Belanda dan China bagi menampung keperluan bawang semasa rakyat di negara ini,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Alexander berkata, kementerian dimaklumkan terdapat 24 negara yang mengeksport bawang ke Malaysia dan lima negara adalah pengeksport terbesar iaitu India (38 peratus), Pakistan (23 peratus), China (16 peratus), Belanda (8 peratus) dan Thailand (8 peratus).

Katanya, jumlah pengimportan bawang dari India ialah sebanyak 127,962,177 kilogram (kg) dari jumlah keseluruhan pengimportan bawang.

Menurutnya, jumlah pengimportan keseluruhan bawang ke Malaysia dari Januari hingga Ogos tahun ini adalah sebanyak 340,202,285 kg bersamaan 42,525,285 kg sebulan secara purata.

“Terdapat lapan jenis bawang yang diimport ke Malaysia iaitu Bawang Kecil Merah Import (India), Bawang Besar Import (India), Bawang Merah Import (China), Bawang Kecil Merah Import (China), Bawang Kecil Merah Rose (Import), Bawang Kecil Merah Import (Myanmar), Bawang Kecil Merah (Thailand) dan Bawang Besar Kuning (Belanda),” katanya.

Alexander berkata, berdasarkan daripada statistik semasa, setiap rakyat Malaysia secara purata menggunakan 17 kg bawang setahun bersamaan 1.4 kg sebulan.

Beliau memaklumkan, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan isu bekalan bawang sepanjang tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, pemantauan secara berkala dijalankan bagi memastikan tahap keberadaan bekalan bawang di pasaran adalah mencukupi meliputi semua rantaian pengimportan.

“Sepanjang tahun ini, KPDNHEP telah melaksanakan pemantauan bekalan ke atas 2,711 peruncit terpilih daerah dan 1,039 pemborong terpilih daerah di seluruh negara.

“KPDNHEP akan meneruskan pemantauan untuk memastikan tiada pihak yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang telah dikuatkuasakan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI