fbpx

[VIDEO] Lelaki rendam sayur dalam larutan kimia bukan di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian tersebut dilaporkan bukan berlaku di Malaysia

PUTRAJAYA – Video tular seorang lelaki merendam sayur dalam larutan kimia bukan berlaku di Malaysia sebaliknya di luar negara.

Itu penjelasan diberikan Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) berhubung satu video tular memaparkan seorang lelaki warga Rohingya yang didakwa dirakam di Pasar Selayang, Kuala Lumpur.

DOA menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, siasatan mendapati, kejadian itu bukannya berlaku di Pasar Selayang sebaliknya di luar negara berdasarkan bahasa digunakan dan nombor pendaftaran motosikal.

Menurutnya, siasatan juga mendapati bahawa video asal tersebut telah dimuat naik di YouTube pada 23 Julai 2021 oleh saluran Telugu di bawah nama Mana Family Trends.

“Kami ingin menasihatkan orang awam untuk tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan tersebut dan menafikan kejadian tersebut berlaku di Malaysia.

“Kami sentiasa memastikan tanaman makanan yang dihasilkan di Malaysia mengamalkan Amalan Pertanian Baik,” katanya.

Katanya, pihaknya juga menyarankan agar orang awam membeli tanaman makanan terutama produk sayur-sayuran yang mempunyai pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) kerana produk myGAP dijamin berkualiti dan selamat untuk dimakan.

Sebelum ini, tular video berdurasi 1 minit 45 saat mengenai seorang lelaki menunjukkan bagaimana larutan kimia boleh menyegarkan kembali sayuran berdaun yang layu.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI