fbpx

Larang parkir depan rumah pemilik rumah flat dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar notis larangan parkir di sebuah rumah flat.

PETALING JAYA – Tindakan pemilik sebuah rumah flat meletak notis larangan parkir kenderaan dihadapan rumahnya terima kecaman netizen.

Menerusi perkongsian video di TikTok Noriza Hamin, kelihatan pemilik rumah flat di aras bawah itu meletak notis pemakluman dilarang meletak kenderaan dihadapan pagar rumah yang telah diubah suai olehnya.

“Mohon jarakkan kereta dari pintu untuk elak calar, terima kasih,” kata pemilik rumah berkenaan.

Menurut Norizan, dia bersangka baik mengenai perkara tersebut namun pemilik rumah berkenaan juga harus sedar dimana kawasan yang didiaminya itu.

Rata-rata pengguna media sosial tidak bersetuju dengan tindakan itu berikutan parkir di kawasan perumahan flat adalah secara terbuka kepada semua pemilik dan tindakan mengubah suai rumah itu adalah salah.

“Untung beli rumah bawah sekali, nasib baik parking dia tak buat garaj sekali,” kata Sham.

“Ini mesti dia lupa yang dia duduk rumah flat, ingat ni rumah teres ke,” ujar Khairul.

“Majlis perbandaran tahu ni mesti kena roboh,” ujar pengguna media sosial lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI