fbpx

Ubat beralkali boleh rawat penyakit gastrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang doktor berkongsi beberapa kaedah bagi merawat gastrik terutama bagi mereka yang berdepan masalah ketika berpuasa.

Pakar kesihatan, Dr. Samhan melalui perkongsiannya di laman Twitter berkata, astrik berlaku apabila lapisan di dalam perut mengalami keradangan disebabkan turunnya tahap perlindungan di dalam lapisan perut.

“Antara kaedah yang boleh mengurangkan gastrik ialah mengambil ubat yang bersifat alkali sebagai fungsi meneutralkan asid di dalam perut. Contohnya, Magnesium tricylicate.

“Histamine 2 Reseptor berfungsi mengelakkan histamin daripada melekat kepada reseptor dan menyebabkan rembesan asid ke dalam perut semakin berkurang. Contohnya, Ranitidine dan Cimetidine.

“Seterusnya, Proton Pump Inhibitor dapat merencatkan fungsi pam tersebut dan menyebabkan keasidan dalam perut berkurangan. Contoh ubat, Omeprazol, Pantoprazole,” katanya.

Ujarnya lagi, pengambilan antibiotik juga berkesan untuk merawat gastrik. Antibiotik berfungsi untuk merawat jangkitan Helicobacter pylori (H.pylori). Contohnya, Amoxicillin dan Clarithromycin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI