fbpx

Warga asing ditahan bersama kokain bernilai RM4.1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah pasaran tempatan akhirnya tumpas apabila polis menahan seorang lelaki warga asing, pada Selasa lepas.

Serbuan yang dilakukan sekitar Lembah Klang kira-kira pukul 3.14 petang, berjaya merampas sebanyak 20,531 gram disyaki dadah kokain yang dianggarkan bernilai RM4.1 juta.

Menerusi kenyataan di Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), dadah itu ditemui setelah pemeriksaan lanjut dilakukan di dalam bonet belakang kereta yang dinaiki suspek.

“Kes telah disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambahnya, JSJN Bukit Aman akan meneruskan siasatan untuk mengesan saki-baki ahli sindiket untuk dibawa ke muka pengadilan.

JSJN turut berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI