PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila suaminya didapati curang bersama wanita lain.
Perkara itu tersebar apabila wanita terbabit meluahkan rasa marahnya di sebuah akaun Twitter untuk meminta pendapat orang ramai.
Lebih parah apabila suaminya itu juga sanggup bercerai dengannya dan memilih untuk menjadi ‘kaki perempuan’ daripada berubah dan fokus pada dirinya dan anak yang bakal dilahirkan.
“Aku minta suami aku pilih, berhenti ‘texting girls’ dan fokus dekat aku dan anak atau bercerai, suami aku pilih cerai,” luahnya.
Dia yang berasa terkejut dengan pilihan suaminya itu berasa kecewa kerana dia telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik.
Bukan itu sahaja, dia juga turut meminta doa dari orang ramai untuk sentiasa kuat dalam menjadi ibu tunggal dan membesarkan anaknya yang bakal lahir.
Lebih menyedihkan apabila, rata-rata wanita yang menjadi kekasih gelap suaminya tidak mengetahui yang dia sudah beristeri.
“Dua kali aku siasat tanpa pengetahuan suami aku, perempuan-perempuan tu memang tak tahu yang suami aku dah berkahwin.
“Katanya sebab nampak macam bujang, buat TikTok dengan kawan-kawan lepastu selalu pergi melepak,” luahnya lagi.
Dia juga turut meminta pendapat orang ramai untuk memberitahu kos dan duit yang dia perlu sediakan bagi melalui proses penceraian kerana sudah tawar hati dengan suaminya itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berkongsi anggaran kos yang diperlukan dalam penceraian dan marah dengan sikap suaminya itu.
“Kalau bercerai secara baik, murah sikit. Fasakh minimum RM5,000 bergantung pada peguam,” komen Imjayls.
“Kuatkan semangat ‘sis’. Sambil proses nak bercerai, fokus lebih pada masa depan dan juga anak. Semoga allah permudahkan urusan untuk awak,” komen Nad.
Perkongsian itu tular di Twitter sehingga berjaya meraih 815,000 tontonan, 2,731 ulang ciap dan 6,209 tanda suka. -KOSMO! ONLINE