fbpx

2 sahabat baik didakwa edar dadah, berdepan hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua sahabat baik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gemas, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan mengedar dadah di kebun getah Felda Jelai 4, hujung bulan lalu. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Dua sahabat baik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gemas, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan mengedar dadah di kebun getah Felda Jelai 4, hujung bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Ikmal Hafsham Muhammad Shukor dan Zulhisyam Zainal masing-masing berusia 39 tahun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Berdasarkan pertuduhan pertama yang dibacakan secara bersama, kedua-dua tertuduh telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis heroin dengan anggaran berat 300 gram.

Manakala, bagi pertuduhan kedua pula, kedua-dua tertuduh telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis syabu dengan anggaran berat 50 gram.

Kedua-dua kesalahan tersebut telah dilakukan pada 31 March lalu di kebun getah Felda Jelai 4, kira-kira pukul 10.30 pagi.

Semua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan jika tidak dihukum dengan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, tertuduh Zulhisyam turut didakwa memasukkan dadah berbahaya jenis
amphetamine dan methamphetamine di Dewan Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin pada pukul 9.20 pagi, 1 April 2021.

Sementara itu, seorang lagi lelaki, Muhamad Firdaus Abdul Hamid, 30, turut dituduh mengedar dadah jenis heroin dengan anggaran berat 30gram pada 3 April lalu di kebun sawit Felda Pasir Besar, kira-kira pukul 4.30 petang.

Mahkamah tidak menawarkan jaminan dan menetapkan 25 Mei depan sebagai tarikh serahan laporan kimia bagi ketiga-tiga tertuduh.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI