fbpx

Putera Mateen dedah penyakit Almarhum Putera Azim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putera Mateen (kanan) menyifatkan begitu rapat dengan Almarhum Putera Azim (kiri) sejak zaman kanak-kanak.

PETALING JAYA- Almarhum Pengiran Muda Abdul Azim Bolkiah disahkan menghidapi penyakit vaskulitis sistematik atau penyakit autoimun kronik sejak awal tahun ini sebelum menghembuskan nafas pada 24 Oktober lalu.

Perkara itu didedahkan oleh adinda Almarhum, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah menerusi status terbaharu di laman sosial Instagram beliau semalam.

Menurut Putera Abdul Mateen, penyakit autoimun merupakan satu keadaan di mana sistem imun menjadi tidak normal dan menyerang tisu Almarhum kekandanya sendiri.

“Pada masa sama, dia juga menghidapi gangguan bipolar yang membuatkan pertarungan (melawan penyakit) menjadi sukar.

“Akhirnya, abang saya berdepan masalah pelbagai kegagalan organ akibat penyakit itu seterusnya menjadi punca kepada pemergianya pada 24 Oktober lalu,” katanya.

Menurutnya, beliau berkongsi perkara itu susulan merasakan ia yang mahu dilakukan oleh Almarhum kekandanya.

“Kami ingin berkongsi maklumat mengenai penyakit itu kerana saya tahu, inilah yang mahu dilakukan oleh kekanda saya.

“Meskipun saya dan seluruh keluarga bersedih dan amat menyayanginya, namun kami tahu Allah lebih sayangkan beliau. Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita kembali,” luahnya.

Pada masa sama, Putera Abdul Mateen turut menyifatkan Almarhum sebagai insan penting di dalam kehidupannya.

“Hari yang dilalui tidak pernah membosankan kerana Abang Azim selalu ada. Dia suka membuat kejutan dan bergurau.

“Gelak tawanya begitu membahagiakan walaupun perkara itu melucukan atau tidak. Semua orang pasti akan tertawa dengannya. Beliau menjalani kehidupan yang membahagiakan.

“Saya juga meluangkan setiap masa sepanjang zaman kanak-kanak bersama dengan Abang Azim dan Almarhum banyak mengajar dan menjadikan siapa saya pada hari ini,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI