fbpx

Mahkamah: Tukang rumah disyaki bunuh isteri direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (dua dari kiri) dibawa keluar dari kamar mahkamah setelah menerima perintah reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan membunuh isterinya di Mahkamah Majistret Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang tukang rumah direman selama tujuh hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes membunuh isterinya dengan tukul besi di Kampung Besol, Bukit Besi di sini semalam.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Noradila Ab. Latif di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Suspek berusia 32 tahun yang berpakaian lokap dan bergari kelihatan tenang sewaktu tiba dengan kenderaan polis di pekarangan mahkamah pada pukul 8.42 pagi.

Lelaki berusia 32 tahun yang baru setahun mengahwini mangsa, Rubiah Santu, 41, disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kosmo! hari ini melaporkan mangsa yang merupakan ibu kepada tujuh orang anak termasuk seorang bayi berusia enam bulan hasil perkahwinna dengan suspek ditemui mati di ruang tamu rumahnya pada pukul 8 pagi semalam.

Sebelum kejadian, Rubiah yang baru menghantar anak ke sekolah dikatakan telah bertengkar dengan suaminya.

Suspek kemudiannya ketakutan selepas melakukan pembunuhan tersebut telah memaklumkan perbuatannya kepada ahli keluarga yang menetap berhampiran.

Dia juga mahu membunuh diri namun berjaya ditenteramkan ahli keluarganya sebelum dipujuk untuk menyerah diri di Balai Polis Bukit Besi di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI