fbpx

LHDN sasar RM1 bilion nilai tafsiran cukai menerusi PKPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nizom (dua kanan) menyampaikan penghargaan kepada pengamal media di Sabah sempena Majlis Berbuka Puasa dan Apresiasi Media Sabah 2023 di Kota Kinabalu hari ini. -Foto oleh IVAN AMIRUL/ KOSMO!

KOTA KINABALU – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mensasarkan kira-kira 50,000 orang pembayar cukai pembayar cukai baharu dan sedia ada dengan jumlah taksiran cukai RM1 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr. Mohd. Nizom Sairi berkata, sasaran berkenaan adalah sempena pelaksanaan Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) pihaknya bermula 1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024.

“Kini setiap warganegara yang berusia 18 tahun ke atas bermula daripada tahun lalu, kita sudah daftarkan secara automatik nombor Tax Identification atau TIN.

“Berdasarkan kepada pengalaman lalu bagi tahun tahun 2018 dan 2019 selain melihat kepada pendaftaran secara automatik pembayar cukai di bawah program Inisiatif TIN.

“Kita menganggarkan bilangan pembayar cukai sama ada pembayar baharu atau sedia ada ialah sekitar 50,000 orang. Jumlah ini melibatkan jumlah tafsiran cukai bernilai sekitar RM1 bilion.

“Jadi, kita mengharapkan angka itu sesuatu yg munasabah dan fokus bukannya hasil tapi lebih kepada untuk memberikan peluang kepada semua pembayar cukai supaya dapat hadir mula membayar dengan satu keadaan yang baik ke hadapan,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Berbuka Puasa dan Apresiasi Media Sabah 2023 hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Nizom menyatakan walaupun kerajaan menetapkan program PKPS bermula 1 Jun depan namun pihaknya sentiasa terbuka menerima individu yang mahu membuat pengisytiharan secara sukarela berkenaan lebih awal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI