fbpx

KKM usul kriteria utama pengambilan pegawai perubatan tetap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pegawai perubatan yang telah menamatkan latihan siswazah perlu berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan memenuhi syarat pelantikan secara tetap.

Itu antara kriteria utama ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi pengambilan pegawai perubatan tetap dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, kementerian komited dan akan menyusul perkara itu agar urusan perjawatan dan pelantikan dapat diuruskan secara teratur serta berkesan dalam tempoh tersebut.

“Perkara itu akan dibentangkan di hadapan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi yang telah ditubuhkan berdasarkan keputusan kerajaan pada 31 Mac lalu.

“Sepertimana yang diumumkan, kerajaan juga sedang mengkaji pemanjangan elaun locum kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional di KKM selain Pegawai Perubatan.

“Di samping itu, KKM masih meneruskan pelantikan kontrak bagi tujuan latihan siswazah (housemanship) yang turut memberi implikasi kepada peningkatan kos emolumen KKM pada setiap tahun,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata, KKM juga sedang memperhalusi isu lain berkaitan pegawai perubatan kontrak termasuk maklum balas yang dikumpul ketika sesi ‘townhall’ pada 22 Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI