fbpx

Dua peminat bola sepak maut nahas tiga motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI kemalangan maut mengorbankan dua penyokong bola sepak di jalan susur Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara, (Bercham-Jelapang) di Ipoh tengah malam tadi. - FOTO MEDIA SOSIAL

IPOH – Dua peminat bola sepak maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah motosikal di jalan susur Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara, (Bercham-Jelapang) di sini tengah malam hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa, Muhammad Faiz Bazli Abdul Hamid, 25, dan Izzwan Syamel Denial Ismail, 18, cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakal seorang lagi penunggang motosikal berusia 16 tahun pula cedera di bahu selain luka di kaki dan tangan.

Difahamkan, nahas berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang selepas menyaksikan perlawanan Liga Super, Perak FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kemalangan berlaku selepas motosikal jenis Yamaha 135LC dan Yamaha Lagenda ditunggang kedua-dua mangsa bergesel lalu terbabas.

Katanya, sebuah motosikal lain dari arah sama jenis Yamaha 15ZR pula tidak sempat mengelak dan terbabas sendiri.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal Yamaha 135LC dan Yamaha Lagenda parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang lagi mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkuta Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi menzahirkan ucapan takziah atas kemalangan meragut nyawa melibatkan penyokong pasukan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI