fbpx

UiTM FC buru tempat keenam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PASUKAN Universiti Teknologi Mara (UiTM) tekad untuk melakar kemenangan ke atas Sabah menjelang aksi terakhir Liga Super di Stadium Hang Jebat, Me­laka pada Sabtu ini.

Sekiranya menang, The Lions Troop akan melonjak ke kedudukan keenam liga dengan 17 mata sekali gus menjanjikan laluan lebih mudah buat mereka dalam saingan Piala Malaysia nanti.

Kapten UiTM, Muhd. Faizal Mohd. Arif menegaskan, mereka enggan memikirkan saingan Piala Malaysia terlebih dahulu kerana mahu memberi fokus terhadap aksi menentang Sabah.

“Selagi perlawanan menentang Sabah belum berlangsung, kami tidak akan fikir mengenai Piala Malaysia kerana aksi terakhir liga sangat penting. Ia bakal menentukan nasib kami dalam saingan Piala Malaysia.

“Jika boleh mencatat kemenangan ataupun seri, mungkin peluang kami lebih baik dalam Piala Malaysia kerana dapat mengelak daripada bertemu pa­sukan pilihan,” ujarnya.
Pemain berusia 25 tahun itu tidak berniat memandang rendah pasukan lain, namun sekadar mahu mengelak daripada bertemu lawan-lawan lebih kuat.

“Bukannya saya memandang rendah keupayaan pasukan-pasukan dalam balang kedua nanti, cuma kami mahu mendapat sedikit kelegaan serta mengurangkan tekanan untuk memburu kemenangan di Piala Malaysia nanti,” jelasnya.

Sebagai rekod, aksi Liga Super antara UiTM dan Sabah sepatutnya berlangsung pada 18 Oktober lalu, namun terpaksa ditangguhkan gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI