fbpx

Penagih sembunyi dadah dalam peket serbuk kopi dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek bersama dadah yang dirampas daripadanya.

SIBU – Seorang penagih dadah tegar mungkin ditamatkan riwayatnya di tali gantung, apabila ditangkap bagi kes ketujuh dengan memiliki 52.55 gram methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisione Zulkipli Suhaili berkata ia selepas taktik lelaki tempatan berusia 27 tahun itu membawa dadah yang disembunyikan di dalam peket serbuk kopi terbongkar, ketika ditahan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Sibu di tepi Jalan Medang, di sini kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan menjumpai satu paket serbuk kopi yang di dalamnya mengandungi dua paket plastik berisi dadah jenis Methamphetamine seberat 52.55 gram yang dianggarkan bernilai RM5,255,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

“Semakan kes lampau juga mendapati suspek mempunyai enam kes berkaitan dadah. Suspek telah direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) ADB 1952,” ujarnya.

Katanya, sabit kesalahan di bawah Seksyen 39B boleh dihukum mandatori gantung sampai mati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI