fbpx

Mitrovic digantung lapan perlawanan sebab tolak pengadil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MITROVIC (kanan) dilihat menolak pengadil perlawanan, Chris Kavanagh pada aksi Piala FA menentang Manchester United, bulan lalu. – AFP

LONDON – Persatuan Bola Sepak England mengenakan tindakan penggantungan lapan perlawanan terhadap penyerang Fulham, Aleksandar Mitrovic kerana bertindak menolak pe­ngadil Chris Kavanagh pada aksi Piala FA menentang Manchester United, bulan lalu.

Mengikut pecahan, penyerang dari Serbia itu dikenakan tiga penggantungan kerana layangan kad merah, tiga perlawanan bagi kesalahan berkelakuan ganas dan dua lagi kerana tindakan kurang wajar mengeluarkan kata-kata menghina serta ancaman, malah Mitrovic turut dikenakan denda £75,000 (RM411,877).

“Kami merasakan hukuman itu terlalu biasa yang dikenakan kepada Aleksandar Mitrovic yang melakukan kesalahan terhadap pengadil perlawanan dan ia jelas tidak mencukupi. Penyerang itu juga merasakan tindakannya itu adalah tidak wajar,” menurut Suruhanjaya Kawal Selia bebas FA dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Mitrovic da­lam satu kenyataan sudah pun membuat permohonan maaf dan menyatakan kekecewaan dengan insiden yang berlaku.

“Saya kesal dengan tindakan saya hingga dibuang padang. Saya membiarkan kekecewaan mengawal diri saya dan cara saya bertindak adalah salah,” kata Mitrovic.

Sementara itu, pengurus Fulham, Marco Silva juga dikenakan hukuman gantung perlawanan, juga kerana tindakan kurang wajar membaling botol air ke arah penolong pengadil dan kenya­taan yang dibuat selepas perlawanan.

Walaupun mengakui mengeluarkan kata- kesat kepada pegawai perlawanan, Silva menafikan tindakan membaling botol air ke arah pengadil dan sudah pun membuat kenyataan meminta maaf berhubung kejadian pada perlawanan berkenaan.

Ekoran itu, Fulham juga di­kenakan denda £40,000 (RM219,668)­ kerana gagal mengawal pemain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI