fbpx

Kecewa tuntutan insurans ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUVANESWARI (kiri) menunjukkan surat perakuan doktor yang mengesahkan adiknya Kanagasabapathy menghidap kanser pankreas ketika ditemui di Temerloh semalam.

TEMERLOH – Seorang wanita kecewa apabila tuntutan daripada sebuah syarikat insurans ditolak walaupun mempunyai surat dan dokumen pengesahan doktor mengenai kanser pan­kreas yang dihadapi oleh adiknya.

M. Puvaneswari, 62, berkata, apa yang menyedihkan apabila doktor kerap kali memberitahu apa yang perlu lagi dibuat kepada adiknya, M. Kanagasabapathy, 60.

Katanya, adiknya hanya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM500 sebulan dan disahkan menghidap kanser itu sejak tahun lalu.

“Tiga kali permohonan saya ditolak dan saya rasa ini tidak adil. Saya kecewa dan doktor pun pelik mengapa permohonan ditolak sedangkan ada pengesahan perubatan.

“Mereka beri alasan tak logik hingga meminta sampel tisu kanser sedangkan tumor berada di bawah dan jika mahu bedah, doktor terpaksa membuka lima organ lain yang mungkin akan menyebabkan dia terbunuh,” katanya ketika ditemui di Taman Bahagia Indah di sini semalam.

Menurut Puvaneswari, dia mula membuat permohonan itu pada 4 Oktober tahun lalu sebelum ditolak dengan alasan perlu surat lebih terperinci daripada pakar.

Tambahnya, dia sekali lagi membuat permohonan pada Januari lalu dan juga ditolak atas alasan Pilihan Raya Umum ke-15.

“Februari lalu, permohonan saya sekali lagi ditolak kerana mereka mahu sampel kanser sedangkan doktor dan tulis pembedahan tak boleh dilakukan,” katanya.

Ujar Puvaneswari, dia hanya inginkan keadilan dan hak adik­nya ditunaikan kerana dia amat memerlukan wang bagi menguruskan rawatan harian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI